Sambungan dari cite kat bawah ni... sekadar renungan..huhu

Rakan2 yg budiman,

Hari ini saya nak cite lagi kisah bagaimana orang biasa mampu menjadi
jutawan bermula dengan idea sahaja. Saya harap ini akan memberikan kita
sumber inspirasi jutawan! coz nak jadi jutawan kena ikut cara nye la.. kalu nak jadi Angkasawan pong sama gak.... Ayah pin je x turun dr langit gi.. huhu

++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++

Idea Jutawan #1: Pinjaman $20,000 Menjadi Jutaan Dollar?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nama : Jonathan Elvidge

Warganegara : England

Umur : 27 tahun apabila beliau membuka The Gadget Shop di Hull, England 1991.

Idea Jutawan : Kedai dipenuhi dengan gadget (perkakas) pelik seperti topeng
mahluk asing, lampu lava dan googles pandangan malam.

Modal mula : Jonathan membuat sedikit wang dengan menjual rumahnya tetapi
beliau memerlukan $20,000. Beliau meminjam dengan bank melalui skim usahawan.

Bagaimana idea digerakkan : Menyewa satu unit kedai di pusat membeli belah diHull.

Jualan : Bermula dengan hanya satu kedai di Hull. Menjalin kerjasama dengan Andrew
Hobbs, yang membeli separuh asset syarikat beliau. Pada akhir tahun pertama,
mereka mempunyai 3 buah kedai. Hari ini, 31 cawangan seluruh England. Produk
yang menjadi kegilaan ialah lampu lava.

Pendapatan : Empayar bisnes beliau kini berjumlah lebih $50 juta.

Apabila Jonathan Elvidge diberhentikan kerja oleh majikannya disebuah syarikat
telefon di Hull, beliau membuat keputusan untuk membuka bisnes sendiri.

Kegemaran beliau pada gadget dan rancangan TV the Fall and Rise of Reginald Perrin,
memberikan satu idea buat duit kepada beliau. Satu hari beliau hendak membelikan
kawannya hadiah hari jadi, tetapi kerana kekurangan pilihan membuatkannya nekad
untuk membuka kedai gadgetnya sendiri. Beliau membuat kajian produk dan setelah
berjaya meminjam $20,000 daripada bank beliau menyewa sebuah unit kedai dipasaraya
Hull.

Pada hari pertama membuka kedainya, hanya beliau, seorang kawan dan penjaga bayi
yang melayan pelanggan. Oleh kerana Jonathan tidak tahu untuk berunding,
beliau telah bersetuju untuk menyewa unit kedai tersebut pada harga yang agak
mahal $30,000 setahun. Ini menyebabkan beliau hanya dapat pulangan modal walaupun
bekerja 60 jam seminggu. Beliau mahu membuka lebih banyak kedai tetapi modalnya
tidak cukup.

Andrew Hobbs, orang yang bertugas menyewakan unit kedai tersebut mahu menjalin
kerjasama. Jonathan bersetuju dan pada akhir tahun pertama mereka telah membuka
dua buah lagi kedai. Jonathan menghabiskan banyak masanya menjelajah ke pesta
perdagangan untuk mencari produk. Jonathan telah bertukar daripada seorang operator
menjadi jutawan dengan nilai asetnya mencecah $50 juta!



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Idea Jutawan #2: Mengajar anak Matematik akhirnya jadi jutawan!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nama : Judith Bliss
Warganegara : Amerika Syarikat
Umur : 48 tahun

Idea bodoh : Mereka cipta komputer games yang menolong kanak-kanak belajar
matematik. Idea beliau ialah satu pengembaraan dengan kuiz matematik. Beliau
memanggil game tersebut ‘Math Magic”

Modal mula : Tidak diketahui
Bagaimana idea digerakkan : Membuka bisnes sendiri – Mindplay. Menjual Math Magic
dan terus merekacipta beberapa komputer games.

Jualan : Menjual disekolah-sekolah – melalui pos!

Pendapatan : $1.4 juta pada tahun pertama.

Judith Bliss berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya suka berjudi dan akhirnya
disumbatkan kepenjara kerena merompak, semasa Judith berumur 11 tahun. Ibunya
terpaksa mengambil upah membasuh baju dan membuat kerja berat untuk hidup.

Judith yang tahu betapa pentingnya pelajaran berjaya mendapat ijazah dalam
matematik dan beliau mendapat pekerjaan sebagai komputer programmer. Beliau
berkahwin dan mempunyai seorang anak, David. Apabila David berumur 4 tahun
segala-galanya berubah.

David selalu merungut bahawa beliau merasa bosan disekolah tetapi cikgunya
berkata David sengaja tidak mahu belajar. Walaupun begitu, Judith mendapati
anaknya suka bermain komputer beliau selama berjam-jam lamanya. Ini memberikan
beliau satu idea. Bagaimana jika beliau dapat mencipta satu program, yang
mengandingkan satu pengembaraan dengan menjawab soalan-soalan matematik?

Satu komputer game yang boleh menjadikan belajar matematik sesuatu yang
menyeronokkan? Jadi, beliau telah mencipta satu program untuk melepaskan satu
mahluk yang comel dari penjara seorang nenek kebayan dengan menjawab soalan-soalan
matematik. Kalau tidak mahluk tersebut akan dipenjarakan selamanya.

Ianya berjaya! Anaknya, David sangat suka dengan program tersebut dan hanya
3 bulan sahaja keputusan peperiksaannya meningkat. Ini membuat Judith terfikir
jika program tersebut boleh menolong anaknya, ianya pasti boleh menolong
kanak-kanak yang lain.

Oleh itu beliau menubuhkan syarikatnya sendiri dan mencipta program Math Magic!

Jiwa jutawan bersemangat kental dan tidak mudah mengaku kalah, walau apa pun
rintangan yang datang, anggaplah ianya satu ujian dan anda terus maju ke depan!

Jumpa lagi dengan idea jutawan yang lain!

Demi Kejayaan Kita,


PS: Tahukah anda seorang surirumah menjana RM11,100 dalam masa 3 bulan! Dan
bagaimana seorang pensyarah menjana RM1300 ketika sedang minum kupi je.

No comments: