Sambungan dari cite kat bawah ni... sekadar renungan..huhu

Rakan2 yg budiman,

Hari ini saya nak cite lagi kisah bagaimana orang biasa mampu menjadi
jutawan bermula dengan idea sahaja. Saya harap ini akan memberikan kita
sumber inspirasi jutawan! coz nak jadi jutawan kena ikut cara nye la.. kalu nak jadi Angkasawan pong sama gak.... Ayah pin je x turun dr langit gi.. huhu

++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++

Idea Jutawan #1: Pinjaman $20,000 Menjadi Jutaan Dollar?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nama : Jonathan Elvidge

Warganegara : England

Umur : 27 tahun apabila beliau membuka The Gadget Shop di Hull, England 1991.

Idea Jutawan : Kedai dipenuhi dengan gadget (perkakas) pelik seperti topeng
mahluk asing, lampu lava dan googles pandangan malam.

Modal mula : Jonathan membuat sedikit wang dengan menjual rumahnya tetapi
beliau memerlukan $20,000. Beliau meminjam dengan bank melalui skim usahawan.

Bagaimana idea digerakkan : Menyewa satu unit kedai di pusat membeli belah diHull.

Jualan : Bermula dengan hanya satu kedai di Hull. Menjalin kerjasama dengan Andrew
Hobbs, yang membeli separuh asset syarikat beliau. Pada akhir tahun pertama,
mereka mempunyai 3 buah kedai. Hari ini, 31 cawangan seluruh England. Produk
yang menjadi kegilaan ialah lampu lava.

Pendapatan : Empayar bisnes beliau kini berjumlah lebih $50 juta.

Apabila Jonathan Elvidge diberhentikan kerja oleh majikannya disebuah syarikat
telefon di Hull, beliau membuat keputusan untuk membuka bisnes sendiri.

Kegemaran beliau pada gadget dan rancangan TV the Fall and Rise of Reginald Perrin,
memberikan satu idea buat duit kepada beliau. Satu hari beliau hendak membelikan
kawannya hadiah hari jadi, tetapi kerana kekurangan pilihan membuatkannya nekad
untuk membuka kedai gadgetnya sendiri. Beliau membuat kajian produk dan setelah
berjaya meminjam $20,000 daripada bank beliau menyewa sebuah unit kedai dipasaraya
Hull.

Pada hari pertama membuka kedainya, hanya beliau, seorang kawan dan penjaga bayi
yang melayan pelanggan. Oleh kerana Jonathan tidak tahu untuk berunding,
beliau telah bersetuju untuk menyewa unit kedai tersebut pada harga yang agak
mahal $30,000 setahun. Ini menyebabkan beliau hanya dapat pulangan modal walaupun
bekerja 60 jam seminggu. Beliau mahu membuka lebih banyak kedai tetapi modalnya
tidak cukup.

Andrew Hobbs, orang yang bertugas menyewakan unit kedai tersebut mahu menjalin
kerjasama. Jonathan bersetuju dan pada akhir tahun pertama mereka telah membuka
dua buah lagi kedai. Jonathan menghabiskan banyak masanya menjelajah ke pesta
perdagangan untuk mencari produk. Jonathan telah bertukar daripada seorang operator
menjadi jutawan dengan nilai asetnya mencecah $50 juta!



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Idea Jutawan #2: Mengajar anak Matematik akhirnya jadi jutawan!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nama : Judith Bliss
Warganegara : Amerika Syarikat
Umur : 48 tahun

Idea bodoh : Mereka cipta komputer games yang menolong kanak-kanak belajar
matematik. Idea beliau ialah satu pengembaraan dengan kuiz matematik. Beliau
memanggil game tersebut ‘Math Magic”

Modal mula : Tidak diketahui
Bagaimana idea digerakkan : Membuka bisnes sendiri – Mindplay. Menjual Math Magic
dan terus merekacipta beberapa komputer games.

Jualan : Menjual disekolah-sekolah – melalui pos!

Pendapatan : $1.4 juta pada tahun pertama.

Judith Bliss berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya suka berjudi dan akhirnya
disumbatkan kepenjara kerena merompak, semasa Judith berumur 11 tahun. Ibunya
terpaksa mengambil upah membasuh baju dan membuat kerja berat untuk hidup.

Judith yang tahu betapa pentingnya pelajaran berjaya mendapat ijazah dalam
matematik dan beliau mendapat pekerjaan sebagai komputer programmer. Beliau
berkahwin dan mempunyai seorang anak, David. Apabila David berumur 4 tahun
segala-galanya berubah.

David selalu merungut bahawa beliau merasa bosan disekolah tetapi cikgunya
berkata David sengaja tidak mahu belajar. Walaupun begitu, Judith mendapati
anaknya suka bermain komputer beliau selama berjam-jam lamanya. Ini memberikan
beliau satu idea. Bagaimana jika beliau dapat mencipta satu program, yang
mengandingkan satu pengembaraan dengan menjawab soalan-soalan matematik?

Satu komputer game yang boleh menjadikan belajar matematik sesuatu yang
menyeronokkan? Jadi, beliau telah mencipta satu program untuk melepaskan satu
mahluk yang comel dari penjara seorang nenek kebayan dengan menjawab soalan-soalan
matematik. Kalau tidak mahluk tersebut akan dipenjarakan selamanya.

Ianya berjaya! Anaknya, David sangat suka dengan program tersebut dan hanya
3 bulan sahaja keputusan peperiksaannya meningkat. Ini membuat Judith terfikir
jika program tersebut boleh menolong anaknya, ianya pasti boleh menolong
kanak-kanak yang lain.

Oleh itu beliau menubuhkan syarikatnya sendiri dan mencipta program Math Magic!

Jiwa jutawan bersemangat kental dan tidak mudah mengaku kalah, walau apa pun
rintangan yang datang, anggaplah ianya satu ujian dan anda terus maju ke depan!

Jumpa lagi dengan idea jutawan yang lain!

Demi Kejayaan Kita,


PS: Tahukah anda seorang surirumah menjana RM11,100 dalam masa 3 bulan! Dan
bagaimana seorang pensyarah menjana RM1300 ketika sedang minum kupi je.

Masyukkkk : Org yg bernasib baik pun belum tentu dapat peluang ni... baca + fikir..huhu

Hai kpd semua pelawat blog ini
Sekadar nak share je.. tapi ada makna ni.. baca dulu + fikir.. Insyallah..

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya. Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah.Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.Nampakkah anda masalahnya di sini? Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan. Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya. Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini denganmelangkah ke arah kejayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda. Aset : Wang masyukkk .... Liabiliti : Wang keluar. Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan hartabenda adalah aset mereka.Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang! Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untukmembayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan. Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya membawa kita kepada...

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuksejam bekerja dan sampai disitu sahaja.Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yangmemberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duituntuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik. Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya.Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi. Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanyasekali. Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang. Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan. Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.Demi Kejayaan Bersama,Semoga Allah merestui..amin

HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM... HARI ESOK...

Have a pleasant day & thank you

Semoga Allah Merestui..Aminnn

PS: Kengkawan, jika anda membaca sehingga ini, saya tahuanda serius untuk mempunyai satu sistem menjana duitsecara automatik. so ghenung2kan & selamat beramal...zzzzzZZZZZ

Eid Mubarak

Maaf zahir batin

Aidilfitri di kampung & besdey husna ke 4

Assalamualaikum....

Selamat melayari laman blog nih yg tak seberapa huhuhu....
semoga anda semua mendapat manfaatnyer....
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga